Utama

Terakhir Dikemaskini

 April 28, 2012, 4:20 pm 

Kalendar

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Statistik Pengguna

Lawat Semalam: 3
Lawat Hari Ini: 4
Jumlah Pelawat: 4352
Maklumat PJK

 SELAMAT DATANG

Image
 
PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI (PJK)
KG BUKIT CHANGGANG

ALAMAT:

NO 1, LOT 14056, JALAN INTAN KANAN,
KG BUKIT CHANGGANG,
42700 BANTING, SELANGOR

 GPS LatLong:  2°49'29.06"N 101°37'58.77"E

Pusat Jalur Lebar Komuniti (Community Broadband Centre) Kg. Bukit Changgang, Banting Selangor, mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman  portal komuniti kami. Pusat Jalur Lebar Komuniti merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk  Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PJK Kg Bukit Changgang merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

Image
Peta Lokasi ke PJK Kg Bukit Changgang
 

Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 28 April 2012 )
Baca lagi...
 
Maklumat Am
Image
Peta kawasan Kg Bukit Changgang

     Kampung Bukit Changgang merupakan sebuah kampung  tradisional  yang terletak dalam Daerah Kuala Langat, Selangor di bawah Mukim Tanjung Dua Belas Dua. Lokasi kampung ini terletak 15km dari pekan Banting, 7.5km dari pekan Dengkil dan 15 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Majoriti penduduk di Kampung Bukit Changgang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Selain kaum Melayu, terdapat juga kaum India dan kaum orang Asli yang menetap di kampung ini. Dengan adanya komuniti yang terdiri daripada berbilang kaum, maka ianya dapat mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara satu sama lain.

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 13 Disember 2010 )
Baca lagi...
 
Sejarah

 Image

 

SEJARAH KAMPUNG BUKIT CHANGGANG

Pada tahun 1922, kampung ini telah diterokai oleh orang Asli yang diketuai oleh Pak Lepan yang berpindah-pindah di Bukit Changgang, Bukit Tadum dan Bukit Boi. Nama Bukit Changgang berasal dari nama pokok buah chenggang yang banyak di atas bukit, maka orang Asli menamakannya Bukit Chenggang, dan kemudiannya ditukar kepada nama Bukit Changgang. Pada tahun yang sama juga, sekumpulan 6 orang yang berketurunan Jawa datang dan membuka penempatan baru membuat rumah dan menanam padi, maka dipanggil kawasan itu Kubang Beras, mereka ialah Hj Hambari, Hj Dahlan, Hj Jabir, Hj Salleh, Hj Sirat dan Bawok bersaudara kembar.

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 26 April 2010 )
Baca lagi...